TOKOH-TOKOH ANTI-HADITH
DR RASHAD KHALIFA
Antara
tokoh anti-hadith yang tidak asing lagi adalah Dr Rashad Khalifa yang berpusat
di Tuscon, Arizona, Amerika Syarikat, memegang ijazah Ph.D dijurusan
Biochemistry Tumbuh-tumbuhan. Beliau merupakan orang yang mendakwa sebagai
pencipta suatu teori baru yang dikenali sebagai Kod 19. Dengan Kod 19 kononnya,
kandungan Qur’an dapat dibuktikan datang dari Allah dan bukan ciptaan manusi,
kerana sangat banyak perhitungan huruf, ayat dan surah dalam Qur’an, yang jumlahnya
19 atau boleh dibahagi dengan 19 tepat.
Ada
orang menamakan angka seperti itu sebagai angka canggih. Sebarang angka yang
boleh dibahagi tepat dengan 19 dipanggil canggihan19. Oleh kerana canggihan 19 terdapat disana sini
didalam Qur’an, maka ia dianggap sebagai mu’jizat Qur’an. Berikutan dengan
penemuannya yang dinaggap luarbiasa itu, Rashad Khalifa menulis beberapa buah
buku yang menghuraikan sistem canggih 19. Diantara buku-buku yang dianggap
luarbiasa itu adalah
1)
THE COMPUTER SPEAKS: GOD’S MESSAGE TO THE WORLD
2)
QUR’AN, HADITH AND ISLAM
3)
MIRACLE OF QUR’AN
Kesemua
tulisan Rashad Khalifa tadi bukan hanya berkisar perihal keajaiban Kod 19,
tetapi meramalkan juga tarikh kiamat dengan tepat dan menolak Hadith-Sunnah. Antara
rumusan mengenai teori Kod 19 yang ditonjolkan oleh Rashad Khalifa yang
didakwanya sebagai mukjizat al-Qur’an sebagai alasan untuk menolak Hadith,
meramal hari kiamat dan akhirnya menjadi mu’jizat dirinya sendiri sebagai
seorang rasul adalah:
1) MENYALAH-TAFSIR QUR’AN
Salah
satu dasar hujjah beliau mengenai Kod 19 adalah ayat30 dalam surah al-Muddathir
merujuk kepada mu’jizat 19. Beliau mendakwa Kod 19 akan membuktikan kepalsuan
tuduhan orang yang mengatakan bahawa Qur’an adalah ciptaan Muhammad. Dakwaan Dr
Rashad adalah palsu kerana ayat 30 surah al-Muddathir merujuk kepada jumlah
para malaikat yang mengawal neraka saqar. Penjelasan tentang jumlah 19 malaikat
itu diberi oleh tuhan dalam ayat 31 berikutnya.Tafsiran bagi ayat 31 itu
sengaja disembunyikan oleh beliau untuk menyesatkan orang ramai dan melakukan
pendustaan besar terhadap firman Allah.
2) KAEDAH MENGIRA BERCELARU
Dr
Rashad tidak berpegang pada satu perkiraan yang konsisten. Di setengah tempat
beliau mengira huruf ‘hamzah’ sebagai ‘alif’ tetapi ditempat lain beliau tidak
mengira ‘hamzah’ sebagai ‘alif’ bila ia tidak terletak di atas ‘alif’. Ada kala
beliau mengira huruf yang sebenarnya tidak wujud, tetapi dikala lain huruf yang
ada tidak dikiranya. Malah, kadang-kadang beliau menambah huruf dalam sesuatu
ayat, tetapi kadang-kadang dibuang huruf tertentu di dalam ayat.
3) KALIMAH DALAM BASMALAH
Didakwanya
setiap kalimah dalam basmallah berulang dalam Qur’an samada19 kali atau
sebarang angka canggihan 19. Tetapi hakikat dakwaannya hanya benar pada satu
kalimah Basmalah iaitu (الرحمن).
Pada tiga kalimah lagi iaitu (بسم) ,(الله) dan
(الرحيم) kiraanya salah.
4) PETIKAN DARIPADA BIBLE
Dalam
beberapa bahagian dari tulisan Rashad Khalifa, beliau telah memtik ayat-ayat
dari kitab-kitab agama Yahudi, Nasrani (Old dan New Testement). Ini bererti
beliau mengakui sahnya kitab-kitab ciptaan manusia itu. Sedangkan didalam
Qur’andengan tegas telah menyatakan bahawa kitab-kitab sebelum Qur’an telah
diubah-ubah dan tidak lagi merupakan kitab suci dari wahyu Allah.
KASSIM
AHMAD
Di
Malaysia, ajaran anti-hadith ini mula diperkenalkan dan dikembangkan sejak 1985
oleh tiga “tokoh pemikir” yang amat takjub dengan keupayaan akal mereka
sendiri, iaitu Kassim Ahmad, Abdul Manan Harun dan Othman Ali.Isu anti hadith
bertitik tolak apabila Kassim Ahmad yang tertarik dan mendokong idea Dr. Rashad
Khalifa terutama penentangannya terhadap hadith dan penemuan Kod 19. beliau
bukan dikalangan ahli ilmuan Islam tetapi sengaja menulis dan membahaskan di
kalangan Islam dengan berpandukan akal dan kaedah saintifik semata-mata.
Akibat
terpengaruh dengan buku-buku tulisan Dr. Rashad Khalifa, Kassim Ahmad telah
memperkenalkan idea-idea berkenaan kepada umat Islam di negara ini dengan
menulis beberapa artikel di dalam ruangan “Berani Kerana Benar” dalam akhbar
Watan. Artikelnya yang bertajuk “Penolakan Teori Ahli-Ahli Hadith”
telah menunjukkan pendiriannya dalam menolak hadith dan sunnah dalam Islam.
Bermula
bulan September 1985, Kassim Ahmad telah memperlihatkan peningkatan gerakannya
dengan penganjuran Majlis Diskusi mengenai “Teori Hadith” di
Pulau Pinang yang dihadiri oleh beberapa orang kenalannya daripada ahli Parti
Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Penyebaran ajaran sesat Kassim Ahmad telah
disedari dan dikecam hebat oleh para ulama’ Islam dan akhirnya kerajaan telah
membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancangkan
di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Antara
buku yang telah dihasilkan oleh Kassim Ahmad adalah:
1)
Buku “Hadith Satu Penilaian Semula” terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Penulisan
buku tersebut telah membangkitkan kemarahan dan menjadi suatu kontroversi yang
meluas di kalangan umat Islam kerana antara lain buku tersebut menonjolkan
penolakan hadith secara total sebagai salah satu sumber hukum Islam. Buku
tersebut kemudiannya telah diharamkan oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan
P.U.A 223 bertarikh 10 Julai 1986.
2)
Buku “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik” (1992) terbitan Media Intelek
Sdn. Bhd. Kassim Ahmad sekali lagi telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan
umat Islam apabila beliau menulis sebuah buku yang. dengan mesej yang sama
iaitu menolak hadith secara total. Kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku
tersebut melalui Warta Kerajaan.
Antara
kesilapan yang terdapat dalam buku yang dikarang oleh beliau iaitu “Hadith
Satu Penilaian Semula”:
1)
Beliau mengatakan apabila nabi Muhammad wafat beliau hanya meninggalkan
qur’an sahaja kepada umat islam dan manusia.
Sebenarnya
nabi Muhammad itu meninggalkan kitab al-quran dan ajarannya tentang bagaimana
cara melaksanakan kandungan al-quran kerana tugas nabi Muhamad bukan sekadar hanya
menyampaikan al-quran tanpa mengajar bagaimana cara melaksanakan kehendak
al-quran itu.
2)
Kasim juga mengatakan buku hadis sahih tidak mengandungi kata-kata atau
perbuatan-perbuatan nabi. Mereka hanya mengandungi apa yang dianggap oleh
pengumpul-pengumpul hadis iaitu Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’I
dan Ibn Majah sebagai hadis-hadis “ sahih’ atau laporan-laporan sahih mengenai
kata-kata dan perbuatan-perbuatan nabi.Pendek kata, hadis tidak lain tidak
bukan baginya adalah ajaran palsu yang telah dikaitkan dengan nama nabi.
Tuduhan
kassim ini adalah tuduhan melulu yang berbentuk sentimen bukan ilmiah kerana kassim
tidak menerangkan bagaimana kajiannya yang telah dibuat sehingga sampai kepada
natijah sebagaimana yang didakwanya.
3)
Kassim mengajak manusia berguru kepada sejarah dan menyatakan bagaimana
berlaku penyelewengan oleh sarjana-sarjana agama ini kepada kitab Injil setelah
300 tahun Nabi Isa wafat. Begitu juga diterangkan penyelewengan kepada kitab
Taurat selepas wafatnys Nabi Musa yang dilakukan oleh sarjana-sarjana agama ini
dengan mengadakan kitab Talmud. Dan bagaimana berlaku juga kepada umat Islam
setelah kira-kira 250 tahun Nabi Muhammad wafat, yang dilakukan oleh
sarjana-sarjana oleh sarjana-sarjana agama islam dengan mewujudkan buku-buku
hadith untuk menggantikan Qur’an.
Apa
yang dikatakan oleh Kassim sangat merbahaya kerana ia boleh dipandang logik
oleh orang yang tidak memahami dan mendalami kedudukan hadith disamping Qur’an.
Selain itu Kassim juga menyamakan kitab-kitab hadith disamping Qur’an itu sama
dengan ajaran-ajaran sarjana kristian yang menyeleweng kitab Injil dan sama
dengan kitab Talmud disamping kitab Taurat
4)
Menolak dua kalimah syahadah.
Golongan
anti hadith ini berfahaman bahawa dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat
Islam adalah dilarang oleh Al-Qur’an, kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah
“la ilaha illallah”.
Antara
petikan Kassim Ahmad adalah “Al-Qur’an mengajar syahadah dalam tiga buah ayat,
iaitu ayat 18, surah 3 yang menyatakan bahawa Tuhan, para malaikat dan
orang-orang yang berilmu bersaksi bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah”, ayat
19, surah 47 yang menegaskan “Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah”
dan ayat 1, surah 63 yang membatalkan kenyataan orang-orang munafiq yang
mendakwa “Kami bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah”.”
“Dua
kalimah syahadah yang diajar dalam hadith itu bercanggah dengan ayat-ayat di
atas.”
SANGAT BERMANFAAT , SYUKRAN :]
ReplyDeleteTerima kasih atas penulisan ini. Moga diberkati.
ReplyDelete