"Berhati-hati menerima hadith, jangan sampai menjadi anti hadith.‎.."

Sebuah Pengenalan

Al-Quran dan hadith merupakan sumber utama Islam yang disepakati. Ummah akan dianggap berada di atas landasan yang betul sekiranya mereka menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi SAW sebagai panduan. Timbulnya golongan yang mempertikaikan kewibawaan sunnah atau hadith merupakan satu cabaran bagi umat Islam. Ini kerana dalam banyak hal, penjelasan dalam pelbagai bentuk mengenai kehendak ayat al-Quran hanya diperoleh daripada orang yang paling arif mengenainya, iaitu Nabi SAW sendiri.

Oleh yang demikian, golongan yang hanya percaya dan yakin dengan al-Quran sahaja, tidak kepada sunnah atau hadith adalah bercanggah dengan kesepakatan ulama’ dan ummah. Golongan ini dikatakan dengan pelbagai nama seperti ahl al-Quran, al-Qur’aniyyun dan sebagainya.


Monday, 6 October 2014

Faktor-Faktor Yang Mendorong Penolakan Terhadap Hadith

Share it Please
Berikut merupakan faktor-faktor yang mendorong penolakan terhadap hadith yang biasanya berlaku:


  • Bercanggah dengan akal.
  • Diriwayatkan ketika periwayatnya belum memeluk Islam dan peristiwa yang diriwayatkan belum lagi berlaku.
  • Sekian banyak hadith seperti yang didakwa muhaddithin tidak mungkin dihafal dan diingati manusia.
  • Hadith-hadith pada zahirnya menyatakan keserupaan Allah dengan makhluk.
  • Hadith-hadith pada dakwaan mereka tidak dikumpulkan secara bertulis seperti al-Quran di zaman Nabi SAW lagi.
  • Hadith-hadith yang menyifatkan keadaan Nabi SAW yang tidak layak dengan kedudukan serta sifat baginda yang dimaklumi.


Wallahua'lam.

Sumber: Kertas Kerja: Penyelewengan Aqidah: Isu, Masalah, dan Cara Penyelesaiannya, Seminar Penerapan Nilai-nilai Islam Melalui Rancangan Radio Sabah, oleh: Yang Berbahagia Ustaz Asri Yusuf, Kelantan.


No comments:

Post a Comment

Penghargaan

Penghargaan
Dr. Khadher Bin Ahmad, Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,. Beliau adalah Pensyarah bagi subjek Pengajian al-Quran dan al-Hadith dalam aplikasi ICT.
Blog ini merupakan kerjasama oleh 7 ahli yang merupakan pelajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Blog ini ditubuhkan bagi menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Al-Quran Dan Al-Hadith Dalam Aplikasi Ict (Quranic And Hadith Studies In Ict Applications)

Follow The Author