"Berhati-hati menerima hadith, jangan sampai menjadi anti hadith.‎.."

Sebuah Pengenalan

Al-Quran dan hadith merupakan sumber utama Islam yang disepakati. Ummah akan dianggap berada di atas landasan yang betul sekiranya mereka menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi SAW sebagai panduan. Timbulnya golongan yang mempertikaikan kewibawaan sunnah atau hadith merupakan satu cabaran bagi umat Islam. Ini kerana dalam banyak hal, penjelasan dalam pelbagai bentuk mengenai kehendak ayat al-Quran hanya diperoleh daripada orang yang paling arif mengenainya, iaitu Nabi SAW sendiri.

Oleh yang demikian, golongan yang hanya percaya dan yakin dengan al-Quran sahaja, tidak kepada sunnah atau hadith adalah bercanggah dengan kesepakatan ulama’ dan ummah. Golongan ini dikatakan dengan pelbagai nama seperti ahl al-Quran, al-Qur’aniyyun dan sebagainya.


Monday, 6 October 2014

Sejarah Anti Hadith

Share it Please
Dari segi sejarah, golongan yang mempertikaikan hadith yang pertama kali muncul pada abad kedua Hijrah telah ditangani dengan jayanya oleh Imam al-Syafi’i. Imam al-Syafi’I telah mengambil pendekatan berdialog dengan mereka dan akhirnya mereka akur dengan hujah yang dikemukakan oleh beliau. Menurut al-Siba’iy,  Imam Syafi’i memuatkan dialog beliau dengan kumpulan tersebut dalam al-Umm dan al-Risalah tanpa menyebut nama individu terbabit. Namun, ada juga ulama’ berpendapat individu yang berdialog dengan Imam al-Syafi’i itu adalah Ibn Ulayyah daripada golongan Muktazilah.


Dalam menangani golongan yang mempertikaikan hadith, Imam al-Syafi’i telah mengambil beberapa kaedah dan pendekatan:

  1. Halaqah pengajian

Sebagai tokoh, beliau menggunakan kelas pengajian untuk memberikahn penjelasan kepada orang ramai mengenai kesilapan yang telah dilakukan golongan tersebut. Oleh kerana kebiasaan ketika itu pendengar mencatat apa-apa yang disampaikan oleh guru, sesetengah orang yang menghadiri halaqah beliau telah menyampaikan pengajarannya kepada pihak yang berkaitan. Ekoran itu, pihak tersebut cuba mempertahankan pendapat mereka.


2.       Dialog atau debat


Ekoran daripada scenario di atas, polemik antara mereka pun berlaku. Akhirnya mereka berdebat dan berdialog dengan matlamat mencari kebenaran, bukannya mempertahankan pandangan semata-mata. Dalam perjumpaan-perjumpaan itu, berlaku soal jawab sebagaimana yang dirakamkan oleh kitab Jima’ al-‘Ilm. Masing-masing mengemukakan hujah. Al-Syafi’i mengemukakan hujah berdasarkan al-Quran dan hadith. Manakala pihak satu lagi hanya berpegang pada al-Quran.


Wallahua'lam


Sumber: buku autoriti hadis: menangani gerakan anti hadis

2 comments:

  1. sejarah ni ada tak rentetannya sampai ke rashad khalifa.. then smpai ke kassim ahmad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Walaupun Imam Syafi'i berjaya mematahkan hujah mereka pada zaman tersebut, namun pemikiran ini tetap muncul dari semasa ke semasa. Pemikiran Kassim Ahmad juga asalnya disebabkan pengaruh terhadap Rashad Khalifa.

      Delete

Penghargaan

Penghargaan
Dr. Khadher Bin Ahmad, Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,. Beliau adalah Pensyarah bagi subjek Pengajian al-Quran dan al-Hadith dalam aplikasi ICT.
Blog ini merupakan kerjasama oleh 7 ahli yang merupakan pelajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Blog ini ditubuhkan bagi menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Al-Quran Dan Al-Hadith Dalam Aplikasi Ict (Quranic And Hadith Studies In Ict Applications)

Follow The Author