Berdasarkan
sejarah juga, kesilapan memahami hadith jugalah yang menjadi faktor munculnya
pelbagai kumpulan anti hadith. Hal ini disebabkan tidak mengikuti disiplin
riwayah, dirayah, takwil dan lain-lain dalam memahami hadith Nabi SAW. Antara
kumpulan-kumpulan tersebut adalah sebagaimana berikut:
1.
Mu’
tazilah
Mereka terlalu mementingkan akal. Sekiranya ada hadith yang
bercanggah dengan akal, maka mereka akan menolak terus hadith tersebut.
Contohnya, mereka menolak hadith Rasulullah SAW dibelah dada untuk dibasuh hati
seterusnya diisi hati baginda dengan iman. Pada mereka, sekiranya dibelah
sedemikian pasti akan mati. Mereka terlalu mengagungkan akal dalam membuat
kesimpulan sesuai dengan keadaan semasa itu. Sedangkan pada masa sekarang,
membelah dada adalah suatu kebiasaan yang sering dilakukan para pakar perubatan
dalam proses merawat.
2.
Murji ‘ah
Golongan ini berpendapat bahawa sesiapa yang bersaksi dengan Allah
dan Rasul, maka akan diharamkan masuk neraka. Oleh itu, mereka menyatakan
amalan tidak mempengaruhi iman seseorang itu dan cukup sekadar beriman di dalam
hati untuk masuk syurga. Dakwaan tersebut hakikatnya menjadikan umat Islam
malas dan cukup dengan mendakwa beriman untuk masuk syurga. Seharusnya ahli
sunnah wal jamaah mestilah menjadi umat yang beramal, bukan sekadar mendakwa.
3.
Musyabbihah
Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa kamu akan melihat Tuhan kamu
sebagaimana kamu melihat bulan. Golongan musyabbihah menyatakan Tuhan adalah seperti
bulan dan kita melihatnya dari bawah. Sedangkan perumpamaan lihat di situ
adalah persamaan dari segi melihat bukan dari segi benda yang dilihat. Mereka
lebih terpesong hingga menganggap Allah seperti makhluk.
4.
Khawarij
Khawarij mendakwa, orang yang melakukan dosa besar akan terus menjadi
kafir. Keadaan ini mungkin. Nampak bagus dari satu segi untuk menjaga kesucian
Islam. Namun, dari sudut pelaksanaannya contoh dalam kes sahabat yang mati
direjam akibat berzina tetap disembahyangkan. Sedangkan orang kafir tidak akan
disembahyangkan.
5.
Syiah
Mereka menyatakan Islam hanya akan terteguh dengan 12 Imam mereka.
Mereka menganggap Imam dan khalifah adalah berbeza. Sedangkan tiada imam-imam
mereka menjadi pemerintah sebagaimana khalifah melainkan Saidina ‘Ali yang
sememangnya seorang khalifah di dalam Islam. Mereka turut mendakwa khulafa’
al-rasyidin ada empat, sedangkan di dalam hadith dinyatakan ada 12 khalifah.
Bukannya 12 imam sebagaimana yang didakwa syiah, bahkan mereka cuba
menyingkirkan khalifah-khalifah terbabit dengan mereka pelbagai cerita buruk
mengenai khalifah-khalifah tersebut.
6.
Anti
hadith
Golongan anti hadith ini semakin berleluasa akhir-akhir ini. Mereka
mempertikaikan hadith kerana merasakan ia tidak sesuai dengan keperibadian
Rasulullah. Contohnya hadith Rasulullah menggalakkan cicak dibunuh kerana ia
termasuk dalam kelompok binatang yang jahat. Justeru, mereka merasakan ia
adalah hal remeh dan tidak sesuai diperkatakan seorang Nabi. Sedangkan kita
perlu menilai keadaan Raulullah semasa menuturkannya. Adakah baginda
menuturkannya sebagai seorang pemimpin, guru, doktor, bapa atau sebagainya?
7.
Braelwisme
atau Kuburiyyun
Golongan
ini terkenal di Pakistan, India, Turki dan lain-lain. Mereka sangat memuja dan
membesar-besarkan kubur hingga peringkat syirik. Kebiasaannya kubur-kubur wali
yang dipuja dan dibina sebagaimana masjid. Banyak wang dibazirkan kegiatan
tersebut. Golongan ini membuat ‘urs iaitu suatu perayaan meraikan kelahiran
seseorang wali atau meraikan kematian wali terbabit. Pada anggapan mereka wali
terbabit menjadi pengantin. Hal ini kerana kesilapan kefahaman mereka terhadap
hadith bahawa apabila mati seseorang dia akan ditanya malaikat tentang Nabi
Muhammad SAW. Hanya orang beriman akan menjawab dengan tepat, maka malaikat
akan menyuruh dia tidur sebagaimana tidurnya seorang pengantin yang tidak akan
disedarkan kecuali oleh orang yang paling disayangi (suami/isteri). Mereka
memahami bahawa orang mati akan menjadi pengantin, sebab itulah mereka menghias
kubur para wali mereka dengan sebaiknya sebagaimana suatu keraian ke atas
pengantin.
Wallahua'lam.
Sumber:
- http://goldsniper.blogspot.com/2009/10/sejarah-kemunculan-gerakan-anti-hadith.html
- wacana menangani kesilapan pemahaman hadith menurut perspektif ahl sunnah wa al-jamaah
No comments:
Post a Comment