Buku tulisan beliau; Hadis - Satu
Penilaian Semula yang diharamkan pada tahun 1986, dan ulama juga sepakat menganggap beliau sebagai sesat sehingga beliau menyepikan diri dan mula
menonjolkan diri semula dengan pemikiran dan iktikad yang sama.
Melalui
penulisan-penulisannya laman sosial beliau menyenaraikan berbagai kesilapan
Umat Islam. Antaranya adalah seperti berikut :
1.
Umat Islam pada hari ini mengikut
satu kasta paderi yang dipanggil ulama sebagaimana penganut-penganut agama
Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan
empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik
diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.
2.
Mereka mendewa-dewakan pemimpin
ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam
kehidupan mereka. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh
dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam
Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795).
3.
Mereka mendewa-dewakan Nabi
Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. Juga di kebanyakan rumah orang
Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ditulis sama besar dan sama
paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’
(SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’.
Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran.
4.
Tiga puluh tahun dulu,
wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang, sehelai kain
yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut,
kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna
udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk.
Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Kassim juga berkata ia bukan aurat
kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil
wuduk.
Wallahua'lam
Sumber: Teks Khutbah Jumaat, "Perangi Golongan Anti Hadith", 22 Febuari 2014/ 21 Rabiul Akhir 1435H, Jabatan Agama Islam Perak.
No comments:
Post a Comment