Kewujudan
individu mahupun golongan yang mempertikaikan sunnah atau hadith Nabi Muhammad
SAW sebagai sesuatu yang berautoriti bukanlah fenomena baharu dalam dunia
Islam. Namun, kemunculan kumpulan yang dilabel sebagai anti hadith itu telah
mencetuskan polemik yang agak panjang di Malaysia. Ulama’-ulama’ di Malaysia
pernah mengadakan dialog dengan pencetus polemik ini di Malaysia, tetapi secara
umumnya tidak banyak memberikan kesan positif.
Golongan yang
mempertikaikan dan menolak hadith di Malaysia pada tahun 1985 oleh tiga ‘ tokoh
pemikir’ yang amat takjub dengan keupayaan akal mereka sendiri iaitu Kassim
Ahmad, Abdul Manan Harun dan Othman Ali. Situasai ini bukanlah suatu yang
pelik. Malahan dari segi sejarahnya, golongan seperti ini telah timbul semenjak
akhir abad kedua Hijrah atau awal abad ketiga Hijrah pada zaman Imam al-Syafi’i
(150 H-204 H). Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan sebuah buku karangan
beliau berjudul Jima’ al-’Ilm.
Buku tersebut
merakamkan polemik yang berlaku antara Imam al-Syafi’i dengan beberapa individu
sezaman dengannya tentang autoriti sunnah atau hadith Nabi Muhammad SAW.
Justeru, Kitab Jima’ al-’Ilm merupakan sebuah penulisan pertama yang
mendokumentasikan kewujudan individu atau kumpulan yang meragui,
mempertikaikan, bahkan menolak autoriti hadith Nabi SAW. Oleh itu, bukanlah
suatu yang pelik pada zaman ini fahaman tersebut kembali menular dalam
masyarakat samada majoritinya muslim atau sebaliknya. Boleh dikatakan gerakan
anti hadith sekarang bersifat global.
Golongan yang
mempertikaikan hadith di Malaysia antaranya adalah Jama’ah Ahl al-Quran (JAM),
yang dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad.
Golongan ini dikenalpasti dengan merujuk kepada tulisan mereka serta
fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri di Malaysia. Kumpulan ini pada
mulanya menamakan diri mereka sebagai Forum Iqra’. Kumpulan ini ditubuhkan pada
11 Jun 1995 dengan tujuan “menyeru orang-orang Islam di Malaysia dan seluruh
dunia agar kembali kepada ajaran Tuhan, iaitu al-Quran.”
Polemik mengenai
hadith nantara Kassim Ahmad dengan ulama di Malaysia bermula apabila Kassim
menghasilkan sebuah buku berjudul Hadis: Suatu Penilaian Semula. Polemik ini
jelas dipaparkan melalui majalah, akhbar oleh para ulama, mufti dan lain-lain.
Untuk menangani polemik tersebut, pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
telah mengambil inisisatif dengan mengadakan dialog antara Kassim Ahmad dengan
beberapa tokoh ulama bagi membincangkan pandangan Kassim yang termuat dalam
bkunya. Dialog itu telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Petaling Jaya pada 28 Jun 1986. Menurut Kassim, dialog tersebut mengecewakannya
kerana beberapa penulis terlalu emosional.
Sebagai reaksi
terhadap penulisan-penulisan beraliran anti hadith, ramai penulis, ulama’ dan
pihak berkuasa agama Islam telah menerbitkan buku bagi menjawab tohmahan yang
telah dilemparkan kepada hadith dan ulama’. Boleh dikatakan setiap kenyataan
Kassim Ahmad dan sekutunya dibincangkan terutama yang terdapat dalam buku Hadis
Satu Penilaian Semula itu dibincangkan, dianalisis dan dikritik.
Situasi yang
timbul telah menyebabkan Kassim Ahmad dan pemikirannya dikenali umum di
Malaysia. Bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk, pihak berkuasa agama dan
para ulama’ mengambil tindakan tidak membincangkan perkara tersebut kepada umum
atau media cetak. Akhirnya, Majlis Fatwa Kebangsaan mencadangkan agar anti
hadith diharamkan. Berikutan itu, jawatankuasa fatwa setiap negeri mengeluarkan
fatwa bahawa anti hadith yang dipimpin oleh Kassim Ahmad adalah menyeleweng
daripada ajaran Islam serta mengharamkan buku-buku berkaitan dan bulletin
Jama’ah Ahl al-Quran Malaysia.
Selain itu, Yusuf
al-Qardawi juga telah menggariskan tiga langkah utama bagi mengelakkan unsur
yang tidak sihat dalam hubungan hadith Nabi SAW:
1.
Memastikan
kewujudan hadith dan keabsahannya melalui neraca ilmu yang kemas dan teliti
yang telah digariskan tokoh-tokoh hadith yang terbilang.
2.
Pemahaman
hadith yang sebenar berdasarkan petunjuknya.
No comments:
Post a Comment