"Berhati-hati menerima hadith, jangan sampai menjadi anti hadith.‎.."

Sebuah Pengenalan

Al-Quran dan hadith merupakan sumber utama Islam yang disepakati. Ummah akan dianggap berada di atas landasan yang betul sekiranya mereka menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi SAW sebagai panduan. Timbulnya golongan yang mempertikaikan kewibawaan sunnah atau hadith merupakan satu cabaran bagi umat Islam. Ini kerana dalam banyak hal, penjelasan dalam pelbagai bentuk mengenai kehendak ayat al-Quran hanya diperoleh daripada orang yang paling arif mengenainya, iaitu Nabi SAW sendiri.

Oleh yang demikian, golongan yang hanya percaya dan yakin dengan al-Quran sahaja, tidak kepada sunnah atau hadith adalah bercanggah dengan kesepakatan ulama’ dan ummah. Golongan ini dikatakan dengan pelbagai nama seperti ahl al-Quran, al-Qur’aniyyun dan sebagainya.


Monday, 6 October 2014

Pengertian Anti Hadith

Share it Please

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (31
maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


Maksud anti hadith: golongan yang menolak hadith secara total. Hadith nabi bermaksud segala perbuatan, perkataan, taqrir yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Antara hujah golongan ini menolak hadith ialah disebabkan proses penulisan hadith yang lambat dan tidak relevan untuk digunakan pada masyarakat zaman sekarang.

Mengapa perlu menolak hadith?


Seperti yang diketahui, para sahabat amat menjaga dan menitik berat berkenaan dengan kandungan hadith. Apabila difikirkan dengan logik akal, wajarkah hadith ditolak sedangkan para sahabat tegas dalam perkara tersebut?. Hadith juga merupakan sumber rujukan bagi Al-Quran untuk menghuraikan pernyataan di dalamnya.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Penghargaan

Penghargaan
Dr. Khadher Bin Ahmad, Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,. Beliau adalah Pensyarah bagi subjek Pengajian al-Quran dan al-Hadith dalam aplikasi ICT.
Blog ini merupakan kerjasama oleh 7 ahli yang merupakan pelajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Blog ini ditubuhkan bagi menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Al-Quran Dan Al-Hadith Dalam Aplikasi Ict (Quranic And Hadith Studies In Ict Applications)

Follow The Author